Cara atasi sembelit ketika berpantang

Thursday, October 12, 2017

Sembelit umpama mimpi ngeri bagi ibu yang bersalin secara normal. Sue sendiri pernah mengalami perasaan ini. Selepas bersalin kan Mia Sue rasa macam seram, takut, risau, bimbang dan gerun nak teran semasa buang air besar. Mana tak nya, first time bersalin la kata kan. Tak pandai lagi selok belok ibu berpantang ni.


Pernah sekali tu sampai menangis sebab sembelit. Berpeluh-peluh sampai rasa nak pitam. Dah macam-macam jenis buah-buahan dan sayur-sayuran Sue makan, masih sembelit juga. Sampai satu tahap tu nurse nak bagi ubat sembelit kat Sue. 




1. Ambil diet yang seimbang ketika berpantang.
Ambil buah-buahan dan sayuran setiap hari. Buah tu mestilah buah yang tak sejuk, yang orang pantang boleh makan. Cadangan Sue buah oren.

2. Minum air secukupnya. 
Minum air suam banyak membantu proses pembuangan dan juga memudahkan pergerakan usus selain melembutkan najis.

3. Elakkan duduk ataupun terbaring terlalu lama. 
Cuba berjalan sikit demi sikit. Duduk terlalu lama akan menyebabkan sembelit lebih teruk.

4. Segera ke tandas jika ada rasa mahu membuang. Jangan tangguh! 
Lagi bertangguh, lagi teruk sembelit tu.

5. Usah teran, tapi tolak dengan nafas. 
Kita akan rasa nak membuang. Kita akan rasa nak teran. Tapi bila teran, najis tak keluar keluar. Apa yang kita perlu buat adalah, relax.
Tarik nafas panjang, dan hembus nafas into our body sambil bayangkan nafas kita tolak najis.
Teknik ini adalah teknik untuk bersalin tanpa koyak. Alhamdulillah ia juga berkesan untuk hilangkan sembelit. Cuba banyak kali, insyaAllah nanti keluar lah najis.

6. Guna tandas duduk. Jangan mencangkung. 
Penggunaan tandas duduk sangat membantu untuk memudahkan ibu dalam pantang untuk membuang air besar.
Jangan lupa gunakan bangku mahupun alas kaki supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku anda diatas lutut.

Memang berbeza sangat rasa berpantang anak pertama dan berpantang anak kedua. Semasa berpantang anak kedua, Sue rasa lebih bertenaga dan luka bersalin pun cepat baik walaupun anak Sue suspek prolong jaundis. Faham-faham je lah bila suspek prolong jaundis, hampir 2 minggu Sue berulang alik klinik untuk cek darah baby. 

Selain cara yang Sue share ni, Sue juga amalkan VIVIX semasa berpantang. VIVIX memang sangat2 membantu Sue untuk atasi sembelit dan buat Sue lebih bertenaga semasa berpantang.

VIVIX adalah minuman botanik yang dirumuskan dengan 4 kandungan utama iaitu anggur muscadine, lobak ungu, european elderberries dan polygonum cuspidatum. Khasiat resveratrol dan 15 polifenol yang terkandung di dalam VIVIX  ibu yang sedang berpantang untuk sembuh segera dalam masa 1-2 minggu.





Hubungi Sue di talian 019-2649982 untuk sebarang pertanyaan.

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts