Pencuci paling berkesan

Tuesday, October 17, 2017

Sejak jadi mak ni banyak benda yang Sue belajar dari cara try and error. Apa maksud try and error? Sue akan cuba dulu sesuatu benda tu. Kalau berjaya capai matlamat Sue, maknanya perkara tersebut boleh digunapakai dan jika perkara yang sebaliknya berlaku Sue akan totally reject perkara atau pun sesuatu benda tersebut.

Salah satu contoh perkara yang Sue explore sendiri adalah cara mencuci kesan sticker label di storage bottle EBM, mencuci botol susu yang digunapakai untuk mengisi EBM yang telah dipanaskan (botol yang digunakan untuk mengisi EBM akan sangat berminyak dan sukar untuk dicuci dengan detergen biasa) dan mencuci kerak susu di keliling puting botol susu.

Lepas membuat eksperimen dengan menggunakan beberapa detergen untuk mencuci botol susu bayi, akhirnya Sue tergerak hati untuk mencuba BASIC H.

Caranya sangat mudah. Selepas balik kerja, perkara yang pertama Sue akan buat adalah merendam semua storage bottle yang mempunyai kesan sticker label tarikh EBM dan peralatan pam susu dengan beberapa titis BASIC H. Kebiasaannya Sue akan merendam selama 5 jam ke atas untuk memudahkan kesan2 gam sticker label EBM dan juga minyak2 susu EBM tanggal dari peralatan pam susu dan juga botol susu.

Sue selalunya akan cuci kesemua peralatan yang telah direndam pada lewat malam atau pun awal pagi. Semua kesan gam dan kesan minyak susu sangat mudah tertanggal. Botol dan peralatan lain kelihatan sangat bersih dan seperti baru.

Yang paling best adalah jangka masa kesemua botol dan peralatan akan menjadi lebih lama. kat situ dah boleh jimat duit. Best kan? Sue sangat syorkan untuk ibu-ibu amalkan BASIC H ni untuk mencuci keperluan barang bayi. BASIC H ni bukan boleh cuci botol je tau. Boleh cuci baju, mop lantai, mandian bayi yang sensitif dan juga menghilangkan luntur warna pada pakaian.

Apa PERBEZAAN BASIC H dengan detergen yang lain?



➻ tidak bertoksik
➻ tanpa gas beracun
➻ tanpa bahan kimia yang berbahaya
➻ tanpa bahan pewangi
➻ lembut pada tangan
➻ mengandungi kandungan pH yang seimbang
➻ tanpa klorin
➻ mampu menanggalkan kotoran yang berminyak
➻ 16 auns Basic H boleh dicairkan di dalam 48 gelen air kerana kepekatannya yang tinggi!!
➻ diekstrak daripada ramuan semulajadi seperti jagung dan kelapa
➻ tanpa fosfat
➻ diisi di dalam bungkusan yang boleh dikitar semula
➻ tanpa bahan pewarna
➻ selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Hubungi Sue 019-2649982 untuk sebarang pertanyaan.

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts