Cara menguruskan EBM

Saturday, October 14, 2017

Ibu-ibu yang bergelar suri rumah dan menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan pasti tiada masalah untuk menguruskan penyusuan anak kerana kebanyakkan masa mereka akan bersama dengan anak.  Lain pula ceritanya dengan ibu-ibu yang bekerjaya dan menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan. Mereka ini perlu menyusun waktu untuk menghasilkan EBM (expressed breast milk) atau pun senang disebut susu perahan.

Mengikut pengalaman Sue semasa menyusukan anak pertama dan anak kedua, masa sangat-sangat penting kerana kita perlu tau bila waktu susu akan banyak terhasil dan bila masa yang sesuai untuk mengepam. Kita boleh tentukan waktu anak menyusu semasa waktu bersama anak iaitu pada hari cuti, contohnya anak yang berumur bawah setahun akan menyusu 4-5 jam sekali. Bergantung juga kepada pemakanan anak tersebut. Jadi, ibu yang bekerjaya perlu mengepam susu mengikut waktu anak tersebut menyusu.

Sue biasanya akan mengepam susu pada pukul 6 pagi (sebelum solat subuh), pukul 1 tengahari (lunch break) dan pukul 4.30 sebelum waktu balik kerja. Setiap hari Sue akan pastikan EBM yang terhasil sama dengan kuantiti susu yang diminum oleh anak semasa di  rumah pengasuh. 

Selain waktu mengepam, ibu juga perlu bijak dalam mengurukan EBM. Antara keperluan yang perlu diambil berat ialah jenis pam yang sesuai, botol atau plastik bag untuk simpan EBM dan pelekat untuk labelkan tarikh EBM.



Biasanya Sue akan bawak botol yang lebih ke tempat kerja untuk spare. Malam sebelum hari kerja Sue akan sejukkan ice pack untuk diletakkan bersama-sama EBM selepas EBM dihasilkan. Selepas sesi mengepam, jangan lupa labelkan tarikh pada botol atau plastik bag. Seelok-eloknya letakkan cooler bag yang telah diisikan dengan EBM di tempat yang bersuhu tinggi untuk menjaga kualiti EBM.



Kadar / Tempoh Ketahanan Susu Ibu
1. Suhu Bilik
  • Bilik tiada aircond (suhu antara 25C – 37C) – tidak lebih 4 jam.
  • Bilik ada aircond (suhu antara 15C – 25C) – antara 6-8 jam, dimana suhu perlu stabil, maksudnya aircond sentiasa ‘on’ sepanjang masa.
2. Dalam Fridge/Freezer
  • Cooler bag/box – tahan antara 12 – 24 jam.
  • Peti sejuk 2 pintu – bahagian beku (suhu antara -18C > -20C), boleh tahan hingga 3 bulan,
  • Bahagian pintu bawah ( suhu antara 0C – 4C), boleh tahan 3-7 hari (sebelum dibekukan) dan 24 jam (selepas dibekukan).
  • Peti sejuk 1 pintu – bahagian beku, 2 minggu
  • Freezer – tahan antara 6 bulan

Cara-cara memanaskan susu ibu


Peringatan!!!!! Susu yang telah cair tidak boleh dibekukan semula!!!

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts