Minuman milkbooster terbaik untuk ibu menyusu

Tuesday, October 17, 2017

Semua ibu yang menyusu memerlukan milkbooster apabila susu semakin berkurang dan bayi pula kerap menyusu. Sue sendiri pernah merasai pengalaman ini semsa anak pertama. Apabila umur bayi mencecah 4 bulan, kuantiti susu yang diperlukan semakin tinggi. Bagi ibu yang dah mula bekerja dan tidak menjaga waktu mengepam, susu akan mula merudum. Jika perkara ini dibiarkan dan tidak diambil berat, lama-kelamaan susu akan terus berkurang dan kemungkinan akan kering.

Apa yang Sue buat untuk banyakkan susu, Sue cuba kerapkan waktu mengepam di tempat kerja. Waktu yang paling sesuai untuk mengepam dan memberikan hasil yang banyak adalah pada waktu tengah malam dan sebelum subuh. Ini kerana penghasilan susu di malam hari (terutamanya di pertengahan malam) adalah lebih tinggi berbanding masa-masa yang lain. Ini kerana hormon prolactin dan oxytocin lebih mudah merembes di masa ini sebab masa ini adalah masa tenang (nak hasilkan susu tak boleh stress-stress tau!). Kalau mengepam masa ini kemungkinan untuk penghasilan susu lebih banyak dari hari siang adalah tinggi (ikut pengalaman Sue).

Jadi, masa malam adalah sangat sesuai untuk ibu-ibu buat power pumping jika ibu mengalami masalah susu merudum. Power pumping amatlah membantu untuk meningkatkan kembali penghasilan susu badan kita.
Selain  itu, Sue juga amalkan ESP untuk memastikan penghasilan susu maintain dan pekat. Kandungan protein dalam ESP sangat membantu breastfeeding journey  Sue.  Ibu menyusu akan cepat rasa lapar kerana susu yang dikeluarkan dari badan akan membakar sebanyak lebih 600 kalori sehari!

Sebab apa ESP minuman terbaik untuk ibu menyusu?

  • Antara kandungan utama susu ibu adalah protein. Kekurangan protein menyebabkan susu ibu jatuh merudum. Jadi protein dalam ESP ni membantu top-up kekurangan protein dalam tubuh ibu dan menghasilkan susu yang banyak, pekat dan berkhasiat. 
  • Satu-satunya produk dipasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia juga diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  • Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, (G.I rendah 55 dan ke bawah). Ia mengekalkan paras gula yang normal dan tubuh badan akan rasa kenyang lebih lama dan bertenaga. Sangat sesuai kepada pengidap kencing manis. 
  • Satu hidangan ESP ni bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. 
  • ESP diiktiraf di peringkat dunia dengan mempunyai ujian klinikal yang sangat luas dan komprehensif serta memiliki kualiti protien yang tinggi pernah dihasilkan. 
Pilihan di tangan semua ibu menyusu. Dah ramai yang memilih produk ini dan rata-rata sangat berpuas hati dan  repeat order. Hubungi Sue di talian 019-2649982 untuk sebarang pertanyaan.


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts