Hormon tak stabil punca susah nak hamil??

Saturday, October 14, 2017

Hormon tak stabil salah satu punca untuk susah nak hamil. Ramai di  kalangan wanita yang tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah berkaitan hormon. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh.

Antara simptom-simptom hormon tak stabil adalah haid yang tak teratur. Sesetengah wanita mempunyai waktu haid yang tidak tetap. Ada juga yang waktu haidnya 5 atau 6 bulan sekali. Dan ada juga yang hanya 2 atau 3 hari setiap bulan.

Kitaran haid setiap wanita adalah tidak sama. Walaupun kebanyakkan wanita adalah 28 hari, tetapi ada juga yang 24 hari, 30 hari, atau bahkan 35 hari. Kitaran yang tidak teratur itu biasanya terjadi pada wanita  yang baru sahaja mengalami menstruasi. Tubuh kita memerlukan waktu untuk melakukan penyesuaian pada kebiasaan baru.

Punca haid tak teratur


1. Penambahan berat badan secara mendadak ataupun penurunan berat badan secara mendadak. Obesiti juga boleh menyumbang kepada masalah menstruasi/ haid.
2. Penyakit gangguan pemakanan seperti Anorexia Nervosa atau Bulimia Nervosa.
3. Pertambahan rutin senaman. Sangat selalu berlaku dikalangan atlit sukan.
4. Tekanan emosi disebabkan masalah peribadi dan sebagainya.
5. Kesakitan atau mengalami penyakit seperti kanser.
6. Perjalanan jauh. Terutamanya yang memakan masa panjang, perlu menghadapi perubahan persekitaran yang mendadak, perubahan zon waktu dan sebagainya.
7. Pengambilan ubat contohnya pil perancang kehamilan yang boleh sebabkan period jadi sedikit, jarang-jarang, lebih kerap, haid tak hadir ataupun langsung tak datang.
8. Masalah hormon. Ini menyebabkan hormon yang mengawal kitaran haid terjejas.
9. Penggunaan dadah terlarang.
10. Masalah pada organ pelvik seperti imperforate hymen (tiada lubang bukaan faraj yang menyebabkan haid tidak dapat keluar).

GLA adalah salah satu suplemen yang dapat membantu untuk menstabilkan hormon dan sekali gus memberi kitaran haid yang normal. Wanita yang mempunyai masalah untuk hamil sesuai untuk amalkan GLA.

Kelebihan dan manfaat GLA

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkan “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.

Cara pengambilan GLA

Ada 2 cara pengambilan GLA

A. Bagi kitaran haid tidak tetap
  1. Bagi mereka yg ingin hamil tetapi haid tidak teratur disarankan mengambil GLA 2bj setiap hari sehingga  haid menjadi teratur.
 B. Bagi kitaran haid adalah tetap
  1. Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya.
  2. Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14.
  3. Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari.
  4. Maka pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13.
  5. Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.
  6. Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil.
  7. Jika tidak, ulangi proses tersebut.


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts