Ibu-ibu yang menyusu memerlukan
ilmu tentang penyusuan. Ini kerana penyusuan susu ibu tidak lah semudah yang
kita lihat. Terutamanya bagi ibu yang bekerjaya. Walaubagaimanapun, penyusuan
susu ibu ini tidak lah sukar hingga kita tak mampu untuk melakukannya.
Kebanyakan ibu akan berasa
panik apabila susu badan mulai berkurangan. Soalan "tak kan nak bagi susu
formula?" dah bermain2 di fikiran. Oleh sebab itu, persediaan awal amatlah
penting dalam alam penyusuan. Kebanyakan ibu-ibu yang menyusu hanya akan
mencari jalan penyelesaian apabila susu berkurangan. Bergantung harap
sepenuhnya kepada supplement adalah satu kesilapan. Supplement hanya bertindak
kepada pelengkap nutrisi harian. Seperti kita sedia maklum ibu yang menyusu
memerlukan nutrisi yang cukup untuk badan ibu dan untuk beri susu kepada si
comel.
Majoriti
ibu-ibu yang menyusu akan segera mencari alternatif ingin membeli milk booster jika susu merudum. Selain milk
booster ada perkara lain yang anda perlu tahu yang
menjadi punca susu merudum.
Faktor-faktor susu badan berkurangan
1. Stress
Ibu-ibu tidak dapat lari dari stress. Tidak kira sama ada ibu yang bekerjaya atau pun tidak. Walau bagaimanapun, ibu-ibu harus bijak menangani stress. Ada sesetengah masa yang kadang kala ibu sendiri tidak sedar yang sebenarnya ibu sedang mengalami stress.
Susu akan merudum jika ibu berada dalam keadaan stress. Jadi ibu-ibu hharuslah menggembirakan diri sendiri demi si comel yang tersayang. Bayangkan yang indah-indah. Pandang muka si comel dan usap-usap si comel. Pasti tahap stress akan berkurang dan ibu akan berasa makin tenang.
2. Jadual mengepam yang tidak konsisten
Masalah ini sering dihadapi oleh ibu-ibu yang bekerjaya. Kadang-kadang sibuk sampai terskip waktu mengepam. Kadang-kadang pam tak ikut waktu dan timing yang sepatutnya. Ini membuatkan penghasilan susu makin berkurangan kerana jadual pengeluaran susu sudah tidak konsisten.
3. Pemakanan
Ibu yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Cukup lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Tapi mampukah ibu-ibu untuk mengambil semua makanan? Dan kita juga tidak lari dari mengambil fast food. Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang.
Disinilah supplements berfungsi iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan. Sebenarnya milk booster bukan semata-mata jalan penyelesaian kepada susu merudum. Saya nak ibu-ibu semua tahu kepentingan vitamin kepada tubuh badan kerana ia membantu tubuh menjadi sihat dan melancarkan proses penghasilan susu ibu di tambah pula jika teknik hisapan bayi dan kerapan pam/perah yang konsisten.
4. Kafien
Ibu yang menyusu tidak boleh sama sekali minum minuman berais. Kerana ini boleh menyebabkan susu menjadi kontang. Air minuman bergas. Air berkafein, kerana kafein boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu.
5. Kurang minum air
Antara komponen utama susu ialah air. Bagaimana susu hendak dihasilkan jika ibu kurang minum air? Nasihat saya, ibu disarankan minum air sebanyak 3 liter sehari. Air manis tidak dikira ye.
6. Tidak cukup rehat
Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga akan menyebabkan susu merudum. Oleh itu, walaupun sibuk macam mana. Sebagai ibu yang menyusu anda perlu bijak untuk menguruskan masa untuk rehat.
7. Period
Perubahan hormon juga boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Walau bagaimanapun, ibu harus teruskan menyusu seperti biasa dan jangan skip jadual mengepam walaupun hasilnya tidak seperti selalu. Ibu-ibu dinasihatkan supaya buat persediaan awal dengan menyediakan stok EBM secukupnya semasa tidak period. Pastikan ibu-ibu mengambil kalsium. Ini kerana kalsium dapat membantu masalah kemeruduman susu semasa period.
8. Hamil
Sebab utama penghasilan susu berkurang ketika ibu mengandung adalah kerana kadar hormon progesterone dalam darah ibu meningkat. Hormon ini penting bagi mempertahankan kehamilan, tetapi pada masa yang sama kadar yang tinggi ini menyekat kerja hormon prolaktin, hormon yang membantu penghasilan susu. Kerana kadar hormone progesterone (ketika ibu hamil) ini jugalah konsep “supply and demand” kurang berkesan dalam meningkatkan supply susu jika dibandingkan ketika ibu tidak hamil. Ibu mungkin akan mendapati supply susu tidak meningkat dengan ketara walaupun anak menyusu dengan lebih kerap atau ibu mengepam dengan lebih kerap. Usaha-usaha untuk meningkatkan supply susu agak terhad kerana faktor hormon progesterone ini. Selain itu, pengambilan galactagogues seperti herba dan ubat-ubatan (untuk meningkatkan supply susu) tidak digalakkan ketika ibu hamil.
Susu ibu yang dihasilkan ketika ibu mengandung juga lain rasanya. Ini menyebabkan sebahagian besar anak2 yang sedang menyusu tidak lagi menyusu dengan kerap. Malah, ada juga yang memilih untuk berhenti menyusu. Apabila si comel tidak lagi menyusu dengan kerap maka penghasilan susu pun akan berkurangan dengan lebih cepat.
9. Pil perancang
Pil perancang dikatakan boleh memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.
Set Menyusu SHAKLEE
Ibu-ibu perlu bijak untuk menangani masalah kemuruduman susu. Set menyusu SHAKLEE dapat membantu dalam masalah ini. Dari pengalaman saya sendiri, semasa anak pertama saya tidak mengamalkan set ini tetapi semasa anak kedua saya mengamalkan set ini setiap hari tanpa gagal sejak dari berpantang. hingga ke hari ni. Anak kedua saya sekarang berumur 5 bulan dan stok EBM saya masih penuh dalam freezer. Jika hari cuti, saya hanya memberi direct feeding kepada anak saya. Baju saya tak sah kalau tak basah dek susu jika hari cuti. Alhamdulillah rezeki anak saya mencurah-curah.
Hubungi Pn. Suhana (019-2649982) untuk keterangan lanjut tentang set menyusu SHAKLEE
Ibu-ibu yang menyusu memerlukan ilmu tentang penyusuan. Ini kerana penyusuan susu ibu tidak lah semudah yang kita lihat....