Tips memikat hati suami

Saturday, April 15, 2017

Dalam alam perkahwinan terdapat beberapa fasa. 

 
Fasa 1 – 5 tahun pertama perkahwinan
Pada masa inilah paling banyak dugaan antaranya sukar  faham sikap pasangan, masalah kewangan, mentua, anak kecil dan banyak lagi. Dalam fasa ini perlu banyak toleransi, berbincang dan paling penting sabar.

Fasa 2-  Usia perkahwinan 5- 10 tahun
Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.

Fasa 3- Usia perkahwinan 10- 15 tahun
Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia. Ada yang mula rasa bosan dan menjeling pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.

Fasa 4 – Usia perkahwinan 15-20 tahun
Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan. Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang.

Tips memikat hati suami

1. Sentiasa cantik di depan suami - Sebagai seorang isteri haruslah sentiasa cantik dan wangi apabila bersama suami. Bagi yang isteri yang bekerjaya, bukan hanya perlu bergaya di tempat kerja. Di rumah juga perlu bergaya untuk tatapan suami. Isteri yang tidak bekerja dan hanya suri rumah sepenuh masa juga perlu bergaya dan bersolek sekali sekala untuk menyejukkan pandangan suami. 

2. Jaga penampilan dan bentuk badan - Kebanyakkan isteri menjadikan alasan mengandung dan bersalin itu menyebabkan badan 'out of shape' dan susah untuk kembali seperti bentuk badan sebelum kahwin. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Banyak suplemen untuk kurus dan suplemen untuk nyah kolestrol dan lemak2 jahat dalam badan. Tak salah untuk isteri usaha lebih supaya suami lebih sayang.

3. Sokong minat suami - Suami akan lebih gembira dan suka apabila isteri sokong minat atau perkara kegemarannya. Jangan sesekali bangkang apa yang suami minat. Kadang-kadang hati suami lebih sensitif dari hati isteri. Jadi berjaga-jaga apabila bercakap mengenai perkara yang diminatinya.

4. Bantu jika suami dalam kesusahan - Bukan semua lelaki akan mengadu tentang masalah yang dihadapinya. Sebagai seorang isteri, haruslah memahami riak wajah dan tingkah laku suami apabila dia sedang dalam kesusahan.

5. Permintaan yang berpada-pada - Isteri harus memahami kewangan dan kemampuan suami. Janganlah pula minta sesuatu di luar kemampuan suami. Jangan sekali-kali membandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Allah dah tentukan rezeki setiap orang itu.

Perkara yang penting dalam rumah tangga adalah kepercayaan dan tolak ansur. Sentiasa berdoa mohon dipermudahkan dalam segala urusan dalam kehidupan berumah tangga. 

Bagi yang mencari suplemen untuk kecantikan dan menurunkan berat badan boleh hubungi Sue 0192649982.

 
    

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts