, , ,

Tips banyakkan susu ibu

Saturday, September 09, 2017

Majoriti wanita yang menjadi ibu buat kali pertama tidak tahu tips banyakkan susu ibu selepas bersalin termasuklah Sue sendiri. Menyusukan bayi dengan susu badan bukan perkara mudah, namun tidaklah susah sampai membebankan ibu.



Bagi pendapat Sue, menyusukan bayi dengan susu badan satu penglaman yang sangat menyeronokkan dan buat ibu lebih alert dan pandai mendisiplinkan diri.  Terutamanya ibu yang berkerjaya.

Dalam fasa menyusukan bayi, perkara yang paling penting adalah doa banyakkan susu ibu. Doa untuk banyakkan susu ibu bermaksud mind set ibu itu sendiri. Jika kita berfikiran positif mesti susu akan sentiasa banyak dan bayi pon puas menyusu. 

Ada juga di kalangan kita yang mengambil ubat tambah susu badan tetapi tidak semua badan ibu serasi dengan ubat tersebut. Ada yang tiada perubahan walaupun amalkan ubat tambah susu yang diberikan oleh doktor atau pakar perubatan. Selain ubat, ada juga yang amalkan makanan tambah susu ibu. antara makanan yang merangsang pengeluaran susu ibu adalah:


1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, atau dal.

2. Jambu batu – makan begitu sahaja.

3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.

4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.

5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.

6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng atau pancake

7. Alfalfa - sejenis tumbuhan yang mempunyai galactogue yang membantu merangsang penghasilan susu. Juga terkandung dalam produk milkbooster Shaklee, Alfalfa Complex.

8. Barli – minum air barli atau makan bubur barli.

9. Pucuk manis – boleh buat masak lemak bersama ubi keledek.

10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.

11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.

12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe. Soya membantu memekatkan lagi susu ibu. ESP adalah salah satu produk soya non gmo untuk ibu menyusu juga.

13. Horlicks

14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium.

15. Teh hijau jepun

16. Makanan mengandung yeast seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.

17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.

18. Kacang merah: rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnya sekali.

19. Halba-dijadikan minuman atau dimasukkan ke dalam masakan makanan. Halba secara khusus diketahui digunakan untuk membantu proses penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalahpemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati membantu meningkatkan pengeluaran susu kepada kuantiti yang banyak.


20. Kurma-paling mujarab bagi saya..boleh dicampurkan ke dalam makanan atau minuman harian. Memakan makanan sunnah seperti kurma juga boleh membantu memperbanyakkan susu.

Selain amalkan makanan-makanan seperti dalam senarai untuk tambahkan susu, Sue juga amalkan supplement untuk banyakkan susu badan. Antara supplement yang Sue ambil adalah

1. ESP
2. Alfalfa Complex
3. B complex
4. Ostematrix

Sebagai seorang ibu yang berkerjaya, Sue perlukan pastikan cara pam susu badan yang betul untuk elakkan susu badan berkurang. Ibu yang menyusu perlu faham konsep supply Vs demand. Kita perlu pam mengikut masa bayi menyusu. Masa yang diambil untuk mengepam dalam satu sesi tidak boleh terlalu lama. Ini boleh mengakibat puting luka dan seterusnya menggangu penyusuan bayi.

Sesiapa yang inginkan bantuan Sue untuk sebarang masalah penyusuan bayi boleh hubungi Sue di 019-2649982

RichMom
Suhana Tahir

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts