, ,

Minum air kosong bantu kuruskan badan

Monday, September 12, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.  Dah sekian lama saya tak menulis, dah naik sawang blog saya.  Hari ni saya nak share tips untuk bantu turunkan berat badan dengan cara yang paling mudah.  Manusia ni masa makan memang tak ingat dunia.  Lepas makan baru rasa nak insaf nak diet la nak jaga makan la nak tu la nak ni la.  Ok jom kita baca apa tips yang saya nak share.

Pertama mula nya kita kena tahu kenapa kita pelru minum air?

Seperti yang kita tahu, air adalah bahan yang penting dalam tubuh badan ddan sangat diperlukan untuk enzim bagi  penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh.  Selain itu, air akan menyeragamkan suhu badan dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan oleh organ-organ badan.  Air juga penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses dalam sel-sel badan.

Air juga sangat penting kerana fungsi untuk penghadaman makanan serta pembuangan air serta pembakaran lemak.  Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit.  Ia juga membantu mengekalkan PH yang seimbang dalam badan.  PH badan yang besifat asid akan melambatkan pembakaran lemak.

7 cara air kosong boleh bantu untuk kuruskan badan

1. Jadikan Air Kosong Sebagai Minuman Utama
Bab ini memang selalu sangat orang pesan. Nampak mudah tapi bila keluar makan di luar sahaja, mulalah mahu order pelbagai air manis. Kuatkan mental untuk menolak minum air manis.

2. Bawa Botol Air & Tandakan Waktu Perlu Minum Apabila Keluar Dari Rumah

Ini merupakan tips bagi siapa yang payah sangat mahu minum air kosong. Mahu gunakan botol mineral biasa pun boleh. Caranya, tandakan setiap 1 atau 2 jam anda perlu habiskan banyak mana. Bila sudah lama buat, tidak mustahil anda akan top up semula air sebab cepat sangat habis.

3. Sebelum Makan Nasi & Lauk Sedap-Sedap, Minum Dulu Air Kosong

Ini memang perkara mudah tapi ramai yang susah sangat nak buat. Paling best, bila sudah selalu buat, sudah boleh jangka banyak mana kita akan makan. Sekurang-kurangnya satu gelas sebelum makan.
Bila kita minum air kosong, selera makan sebenarnya akan turut berkurang dan perkara ini akan membantu kita untuk menurunkan berat badan serta mengawal pengambilan makanan yang tidak melampau. Cubalah jika tidak percaya.
4. Biasakan Minum Air Kosong Sebaik Sahaja Bangun Tidur
Ini memang penting, selain dapat mengurangkan dapat risiko penyakit lain, minum air kosong sebaik bangun pagi merupakan salah satu cara yang dapat serta membantu anda untuk kurang makan ketika sarapan. Terlebih sarapan nanti, lentok pula ketika sedang buat kerja.
Mahu senang lagi, sediakan terus air botol di tepi katil. Lepas bangun, terus minum dan rasakan sendiri kesegaran kepada badan. Tidak sangka bukan, perkara mudah sebegini mampu memberi kesan sepanjang hari
5. Minum LAPAN Gelas Sehari Itu Semua Penipu
Siapa kata anda perlu minum 8 gelas sehari sudah cukup? Itu semua penipu sebab anda kena minum lebih daripada jumlah tersebut apatah lagi jika berat badan anda sudah terlebih-lebih. Maka kuantiti air yang perlu diminum juga adalah meningkat.
Tips mahu minum air banyak – mulakan dengan kuantiti kecil dulu. Mulakan dengan botol air kecil dahulu. Bila air masak yang anda minum cepat habis, ia akan memotivasi anda untuk minum dengan lebih banyak lagi. Maka lagi bersemangatlah anda untuk kurus
6. Minum Dengan Gunakan Straw
Sedar atau tidak sedar, jika kita sedang menonton wayang, mudah benar air habis. Begitu jugalah dengan air masak. Bila ada straw maka perasan atau tidak, ia membantu kita untuk menghabiskan air masak.
7. Disiplinkan Diri, Minum Segelas Air Selepas Solat
Mahu senang lagi, setiap kali selepas solat 5 waktu (bagi yang beragama Islam), sediakan terus air untuk diminum. Jika bab ini pun anda malas untuk lakukan, maka sila padamkan niat anda untuk kurus. Banyak sangat alasan, sila obesiti seorang diri.
Apa-apa pun, semua tips yang saya kongsikan ini tidak akan berhasil jika anda tidak konsisten dan sekadar semangat di awal-awal perkara ini dilakukan.
Saya sendiri amalkan tips ini dan alhamdulillah sangat berkesan.  Saya cuma add on kan dengan beberapa suplemen shaklee untuk lengkapkan nutrisi dalam badan.

ESP - sumber protein (masa kenyang yang lama)
Alfalfa - bantu untuk buang toksin dalam badan yang menggangu penurunan berat badan
Omega guard - pembakaran lemak secara berkesan

***Nak order set kurus ??? Jangan lupa contact saya ye. Pn suhana 0192649982 :)

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts