Stress punca gemuk!!!

Sunday, February 11, 2018


Bagaimana stress boleh mempengaruhi berat badan?

B-complex, B-complex shaklee, stress, vitamin stress, vitamin B-complex, Vitamin B-complex shaklee,Vitamin B, Vitamin cantik, vitamin berpantang, set cantik shaklee, set pantang shaklee, macam mana nak kawal stress

Pernah tak korang kadang-kadang rasa teringin untuk makan benda manis seperti kek, coklat atau ais krim? Lepas dah makan rasa menyesal tak sudah. Situasi ini kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia terutamanya wanita. Selain mengawal tahap pemakanan seharian, kita juga perlu mengawal stress kerana stress juga sangat mempengaruhi berat badan.

Stress yang kronik akan mengganggu tidur dan tahap gula dalam darah. Ini akan menyebabkan kita kerap rasa lapar dan akan makan dengan banyak. Dalam masa yang sama, tahap lemak dalam bedan juga akan menjadi tinggi dan menyebabkan penyakit diabetes. Takutnyaaa….

Dr Giles Yeo, ahli dari tim Trust Me, I’m a Doctor, pernah menjalankan satu kajian untuk mengkaji kaitan stress dengan berat badan. Bagi manusia yang normal yang tidak stress, tahap gula dalam akan meningkat apabila kita makan dan ianya akan kembali normal dalam masa yang cepat. Tetapi, bagi manusia yang mengalami stress, tahap gula dalam darah akan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk kembali normal dan boleh mencapai 6 kali lebih lama dari tempoh normal untuk paras gula kembali normal.

Ini berlaku kerana apabila stress, badan akan bertukar kepada “fight or flight mode”. Ketika ini badan akan melepaskan glukos untuk memberi tenaga kepada tubuh badan. Namun, jika badan kita tidak memerlukan tenaga tersebut, pancreas akana mengeluarkan insulin untuk mengawal paras guula dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan kita berasa lapar dan lebih berselera dengan makanan manis dan mengandungi karbo.

Perkara yang sama akan berlaku kepada manusia yang kurang tidur. Kajian menunjukkan manusia yang kurang tidur akan menggunakan 385kcal (secara purata) bersamaan dengan sebiji muffin yang besar.

Bagaimana nak kawal stress?

Teknik pernafasan:
  • Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung atau mulut perlahan-lahan dan kira sehingga 5.
  • Hembus perlahan-lahan melalui mulut dalam kiraan 5.
  • Teruskan bernafas melalui hidung dan mulut dengan tenang, jangan kelam kabut.
  • Buat berulang kali dalam 3-5 minit.
Teknik lain untuk mengurangkan stress adalah senaman, bercucuk tanam dan yoga. Kalau korang nak tau Sue juga manusia biasa yang mengalami stress. Sue selalu ambil B-complex dan amalkan senaman untuk atasi stress. Kalau nak tau  lebih lanjut tentang B-complex boleh klik ini:



Cuba untuk kenal teknik yang mana lebih sesuai untuk diri sendiri. Selamat mencuba!!

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts