Tanda sakit jantung, TAK KIRA LELAKI ATAU WANITA!!!

Monday, November 20, 2017

Sakit jantung  boleh dikatakan pembunuh nombor 1 dunia. 1:3 kematian adalah disebabkan sakit jantung. Sakit jantung adalah kesakitan yang amat sangat pada bahagian dada dan berterusan ke arah tangan kiri dan rahang. 

Pesakit yang mengalami sakit jantung akan mengalami kesukaran bernafas dan rasa ketakutan. Kesakitan ini disebabkan kematian otot jantung yang disebabkan salur darah tersumbat. Sekiranya salur darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian akan mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat.


Tanda-tanda awal sakit jantung


  • Keletihan
  • Ketat di bahagian leher dan tengkuk
  • Degupan pantas atau tak setara
  • Kuat berpeluh
  • Nafas pendek
  • Kurang selesa di bahagian dada
Antara cara yang dapat mengurangkan risiko sakit jantung adalah senaman. Jom kita tengok bagaimana senaman boleh mengurangkan risiko sakit jantung.

  • Memperkuatkan dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan beban jantung.
  • Menambah penerokaan pada pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot jantung.
  • Meningkatkan  paras kolestrol pelindung penyakit jantung yang dikenali sebagai kolestrol berketumpatan tinggi (HDL).
  • Membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan.
  • Mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan ketegangan yang disebabkan tekanan perasaan.
  • Membantu tidur dengan nyenyak.

Petua memiliki jantung yang sihat:

  1. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 30 minit setiap kali bersenam.
  2. Makan secara teratur dan seimbang.
  3. Kekalkan berat badan unggul.
  4. Tidak merokok.
  5. Menangani tekanan perasaan.
  6. Mengawal tekanan darah.
  7. Mengawal paras kolestrol.
  8. Mengawal paras gula.
  9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
  10. Mengutamakan kesihatan jantung.

Suplemen untuk sakit jantung:


Phytocolist
-Menghalang kolestrol dari makanan memasuki saluran darah.

Omega guard
-Menurunkan paras kolestrol jahat dalam darah dengan cara meningkatkan penghasilan paras kolestrol baik.

Vitamin E
-Membantu meningkatkan penghasilan paras kolestrol baik.

Vivix
-Melindungi sel jantung dari penuaan dan membaiik pulih sel jantung yang rosak.

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan sakit jantung atau pun suplemen sakit jantung boleh hubungi Sue di talian 019-2649982. InshaAllah Sue akan beri khidmat nasihat yang terbaik untuk korang semua..

























You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts