Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD)

Saturday, November 04, 2017

Penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) adalah satu penyakit yang amat digeruni oleh ibu bapa, kanak-kanak dan pihak taska. HFMD juga adalah penyakit yang mudah berjangkit.Ibu bapa dan penjaga perlu mengambil serius jika anak-anak atau orang yang berhampiran dijangkiti oleh virus HFMD. Anak-anak yang dijangkiti virus ini harus diberi penjagaan yang lebih teliti dan dikuarantinkan.




Tanda-tanda HFMD



  • Demam
  • Ulser di mulut
  • Ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki
  • Ruam dengan lepuhan kecil (vesikel) pada tangan
! Kawasan  yang kebiasaannya terkena ruam atau lepuhan kecil adalah di pergelangan tangan, kaki dan kawasan alat sulit, tapak tangan dan tumit kaki.

Terdapat sesetengah ibu bapa yang tidak sedar bahawa anak mereka dijangkiti virus HFMD. Apa yang perlu kita lakukan jika anak kita dijangkiti virus HFMD??

  • Mendapatkan nasihat doktor secepat yang mungkin jika anak-anak mendapat tanda-tanda HFMD.
  • Peka dengan perubahan dan tingkah laku anak-anak.
  • Bawa ke hospital dengan segera jika anak tidak mahu minum, makan dan muntah bereterusan.
  • Bersihkan hidung dan mulut dengan tisudan buang tisu tersebut dengan sempurna.

Pencegahan penyakit HFMD


  • Menjaga kebersihan dengan sepenuhnya
  • Kerap mencuci tangan untuk elakkan rebakan jangkitan
  • Amalkan cuci tangan secara konsisten
  • Menutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin.
  • Tidak berkongsi tuala, perkakas makanan dan minuman serta barang mainan.
  • Memastikan diri sentiasa bersih.
  • Bersihkan kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak yang menghidap penyakit HFMD.

Suplemen yang sesuai untuk penyakit HFMD


  1. Basic H - Sesuai digunakan untuk pembersihan terhadap peralatan dan perkakas makanan dan minuman serta barang mainan.
  2. Nutriferon - Kandungan nutriferon membantu untuk meningkatkan antibodi kanak-kanak yang dijangkiti HFMD.
  3. Mealshake & chewable Vitamin C - Membantu untuk melengkapkan nutrisi dan vitamin dalam badan kanak-kanak kerana mereka akan kurang selera makan dan seterusnya melemahkan badan.
  4. Herbal Blend - Sesuai untuk disapu pada ruam-ruam di anggota badan.

You Might Also Like

2 comments

  1. Takut kan kalau kena HFDM ni. Sekarang ni kalau pergi pasaraya memang suruh anak-anak cuci tangan bersih2 bila sampai rumah.

    ReplyDelete
  2. Betul tu..kena selalu bwk wet tisu utk lap2

    ReplyDelete

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts