Tips bercuti bersama anak kecil

Friday, January 08, 2016

Ibu bercuti di pantai dengan bayi

Percutian bersama keluarga adalah waktu yang istimewa, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ia juga boleh memberi tekanan. Semestinya kita ingin mempunyai masa santai dan menyeronokkan, dan mahu bayi kita untuk berseronok juga. Hari ni saya nak share beberapa tips untuk bercuti bersama anak kecil.

Tips 1: Pemakaian


Kita sebagai ibu bapa harus memastikan pakaian yang dipakai oleh anak-anak kita selesa dan sesuai dengan keadaan. Contohnya jika perjalanan untuk bercuti memakan masa yang agak lama dan anak-anak berada dalam kenderaan yang berhawa dingin, mereka akan terasa sejuk. Jadi pakaikanlah mereka dengan pakaian yang diperbuat dari material cotton dan boleh menutup kaki dan tangan mereka supaya mereka selesa sepanjang perjalanan. Contoh pakaian yang sesuai adalah rompers, jumpsuit, t-shirt, dan seluar panjang. (bagi kanak2 perempuan skirt kurang sesuai kerana tidak menutup bahagian betis dan boleh menyebabkan kanak2 kesejukan)

Tips 2: Makanan


Mengikut pengalaman saya yang mempunyai 2 orang anak kecil, jika anak2 saya memberontak atau pun merengek sentiasa. Ini mungkin kerana mereka boring,  lapar atau mengantuk. Untuk memastikan keadaan sepanjang bercuti dalam keadaan terkawal, saya akan memastikan bekalan makanan dan minuman cukup sepanjang perjalanan. Anak-anak saya memang diajar untuk makan mengikut waktu. So bila sampai time, alarm (menangis atau merengek) akan beri signal. Saya nasihatkan supaya ibu bapa menyediakan air panas untuk bancuh susu formula, air kosong yang secukupnya dan snack sebagai kudapan sementara tunggu pit stop yang sesuai untuk berhenti lunch or dinner. Bagi bayi yang menyusu badan tiada sebarang masalah.

Tips 3: Lampin


Pastikan lampin bayi dan anak kecil kerap ditukar bagi memastikan keselesaan mereka. Jika menaiki flight atau feri, tandas ada disediakan untuk menukar lampin pakai buang. Ibu bapa harus memain peranan dalam perkara ini. Anak kecil bawah 3 tahun majoriti masih tidak tahu untuk memberi tahu ibu bapa mereka apabila mereka mahu membuang air kecil atau air besar. 

Tips 4:  Mainan


Ibu bapa boleh bawa mainan kegemaran anak-anak. Apabila anak-anak merasa bosan sepanjang perjalanan, cuba beri mereka mainan kegemaran dan bermain2 dengan mereka. Kadang-kadang mereka inginkan perhatian dari ibu bapa kerana anak-anak kecil cepat merasa bosan apabila perjalanan terlalu lama.

Tips 5: Baby Travel



Apa itu baby travel? Perkara ini bergantung kepada ibu bapa. Bagi saya, saya lebih suka cara babywearing  berbanding dengan bawa bayi dengan menggunakan stroller. Ini amat memudahkan kami (ibu bapa) untuk bergerak ke mana saja dan tidak perlu risau dengan bayi jika mahu pergi membeli makanan atau beratur membeli tiket dan sebagainya. 


Tips 6: Berhenti berehat


Ini amat penting bagi ibu bapa dan juga anak-anak. Ibu bapa juga turut merasa bosan jika tempoh perjalanan mengambil masa terlalu lama. Berhenti seketika untuk berjalan2 atau pun untuk meregangkan otot2. Duduk dalam satu tempoh masa yang lama akan membuatkan kita berasa lenguh dan letih.






You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts