Awet muda buat suami makin sayang

Saturday, January 09, 2016




TUA sebelum waktunya, satu ungkapan yang sememangnya ditakuti oleh semua orang. Proses penuaan adalah satu proses yang agak kompleks di mana perubahan-perubahan fisiologi dan psikologi yang berlaku akan mengganggu fungsi organ dan metabolisma seseorang. Gangguan ke atas fungsi-fungsi organ dan metabolisme ini memungkinkan seseorang menjadi semakin lemah dan bertambah tua dari hari ke hari.

Simptom-simptom penuaan

  • Berat badan meningkat 
  • Kulit kering 
  • Muka sembap 
  • Rambut rapuh dan gugur 
  • Kerap letih 
  • Kerap mengantuk 
  • Gangguan penglihatan dan pendengaran
  • Perubahan kulit yang semakin kasar dan berkedut
  • Kurang daya ingatan
  • Pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan 
  • Rasa sakit pada sendi dan urat saraf  
  • Badan semakin lemah 
Sel-sel baru mengambil masa yang agak lama untuk terbentuk, manakala sel-sel yang sudah mati tidak tertanggal dengan sempurna. Keseluruhan proses inilah yang menjadikan kulit berkedut dan kasar, menandakan gejala penuaan sedang berlaku pada diri kita.
Amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan sejak dari muda lagi. Ramai orang beranggapan menjaga kesihatan hanya perlu apabila kita mula diserang satu atau dua jenis penyakit. Tidak diserang penyakit tidak bermakna kita betul-betul sihat, malahan tidak kurang yang memandang remeh tentang perkara ini. Kesibukan bekerja sehari-hari dijadikan alasan untuk tidak mengambil berat soal kesihatan.

Tips untuk melambatkan penuaan


  • Diet dan makanan tambahan - Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.
  • Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Selain itu, makanan tambahan lain termasuk selenium, vitamin C, beta-karotin, asid folik, zink dan sebagainya diambil dengan betul dapat melambatkan proses penuaan.
  • Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.



  • Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.
  • Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.
  • Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.

  • Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.

  • Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.
  • Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.
  • Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda. Jika tidak pasti, anda boleh tanyakan kepada ahli farmasi, dan pakar kuit. Penuaan pada kulit disebabkan oeh pendedahan cahaya matahari (dan jam 10 pagi hingga 3 petang) dan keadaan alam sekitan yang tercemar.


Bagaimana Vivix membantu dalam Anti-Penuaan Sel?

  1. Melindungi dan dan membaiki DNA
  2. Memberi impak positive kepada pengawalan genetik
  3. Meningkatkan penghasilan tenaga dalam sel
  4. Memperlahankan pembentukan AGE Protein.
Kelebihan lain Vivix:
  • Mengurangkan risiko penyakit tua seperti penyakit jantung; mengurangkan komplikasi diabetis, mengurangkan risiko arthritis dan menyokong kesihatan sendi, membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer, membantu mengelak kanser.
  • Melambatkan proses penuaan iaitu membantu mengurangkan kedutan pada kulit, membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan lebih cerah, menyokong proses penuaan yang lebih sihat.


Hubungi Pn Suhana
019-2649982
untuk keterangan lanjut
























You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts