MashaAllah,
masalah yang tidak pernah hilang dan boleh saya katakan dialami oleh
hampir setiap ibu menyusu adalah bengkak susu. Sama ada semasa
berpantang, selepas berpantang atau apabila mahu berhenti menyusu pun
ada. Keadaannya dan masa berbeza, tetapi situasi dan punca almost sama.
1. Lambat memulakan penyusuan kali pertama.
Lambat
memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam
badan terkumpul di kawasan payudara. Bayi akan sukar untuk menyusu apabila keadaan payudara membengkak.
2. Lekapan yang tidak betul.
Lekapan yang
tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan
efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka
pada payudara dan bayi tidak cukup susu.
3. Penyusuan yang tidak kerap.
Penyusuan
yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap. Jarak
masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan
saluran susu tersumbat. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan
kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3
jam sekali.
4. Tertinggal sesi memerah.
Bagi ibu
yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah
tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu. Secara fitrah, badan ibu sudah ada rutin penghasilan dan pengeluaran susu mengikut demand bayi
(sekerap 1-2 jam sekali dan mengikut jadual memerah yang tetap). Pada
waktu itu, badan akan mula menghantar signal seperti payudara rasa
berdenyut-denyut atau susu mengalir keluar (leaking) kesan dari
hormon oksitosin dan otot payudara yang mula mengecut untuk mengeluarkan
susu. Jika sesi memerah tidak dilakukan, saluran susu akan mula
membengkak dan tersumbat.
5. Pam susu.
Penggunaan
pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil
dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik
dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong
yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada
puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar.
Bagaimana nak mengatasi BENGKAK SUSU???
1. Mandi air panas selama 15-20 minit.
2. Isi air panas dlm botol storage susu. Golek-golekkan di bahagian ketulan sambil urutan pada breast.
3. Susukan
bayi sekerap mungkin.
4. Jika bayi
sudah kenyang atau sudah tidak mahu menyusu, pam sekerap mungkin
sehingga ketulan/bengkak surut.
5. Elakkan ais buat masa ini, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas 300-350ml setiap 1 jam.
6. Hot compress/massage membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.
7. Amalkan Lecithin dalam diet. Ok asalnya saya makan Lecithin ni untuk turunkan berat badan tapi tak sangka sangat membantu atasi bengkak susu sekali. In fact, pakar penyusuan menggalakkan ibu yang menyusu mengambil sebanyak 3600mg-4800mg Lecithin setiap hari bagi melegakan masalah bengkak susu ini. Lecithin bertindak dengan cara mencegah duktus atau salur susu ibu daripada tersumbat.
Whatsapp saya untuk ketahui lebih lanjut..0192649982 (Pn. Suhana)
7. Amalkan Lecithin dalam diet. Ok asalnya saya makan Lecithin ni untuk turunkan berat badan tapi tak sangka sangat membantu atasi bengkak susu sekali. In fact, pakar penyusuan menggalakkan ibu yang menyusu mengambil sebanyak 3600mg-4800mg Lecithin setiap hari bagi melegakan masalah bengkak susu ini. Lecithin bertindak dengan cara mencegah duktus atau salur susu ibu daripada tersumbat.
Whatsapp saya untuk ketahui lebih lanjut..0192649982 (Pn. Suhana)



0 comments