Nak cakap pasal cantik ni saya pun tak lah cantik mana. Tapi saya memang suka tengok dan kaji gaya hidup orang2 cantik ni. Bagi saya yang penting ialah kecantikan dari dalaman. Bila dalam dah cantik automatik luaran pun akan cantik.
Kecantikan bukan sahaja tertumpu kepada krim dan losyen yang disapu di atas kulit anda tetapi apa yang anda masukkan ke dalam badan anda juga. Pakar kesihatan menyatakan bahawa vitamin dan mineral dalam semua bentuk memainkan peranan yang penting dalam kulit yang sihat.
Jadi nutrien apakah yang anda perlukan untuk memastikan kulit anda sihat dan kelihatan paling hebat?
Set Kecantikan SHAKLEE
1. Vitamin CAntara penemuan dermatologi baru yang terpenting adalah kuasa vitamin C untuk menangani kesan pendedahan matahari. Ia berfungsi dengan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, hasil sampingan berbahaya daripada cahaya matahari, asap, dan pencemaran. Radikal bebas akan meratah kolagen dan elastin, gentian yang menyokong struktur kulit, yang akan menyebabkan kedut dan tanda-tanda penuaan.
Pastikan diet anda mengandungi banyak makanan yang kaya dengan vitamin C (antara lain sitrus dan sayur-sayuran), yang boleh menggantikan kehilangan vitamin melalui kulit. Anda juga boleh mengambil vitamin C tambahan, sehingga 500 hingga 1,000 miligram sehari. Digabungkan dengan vitamin E, makanan tambahan vitamin C juga boleh melindungi kulit daripada sinar matahari.
Apakah Keistimewaan Dan Perbezaan Vitamin C Shaklee Dengan Vitamin C Biasa?
- Didatangkan dalam bentuk Sustained Release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet untuk membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin C mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi Sustained Release adalah sangat diperlukan.
- Satu tablet vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren.
- Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.
2. Vitamin E
Vitamin E juga boleh membantu mengurangkan kedutan dan menjadikan kulit anda kelihatan dan berasa lebih lembut. (Walaubagaimanapun, perlu berhati-hati, beberapa kajian memberi amaran bahawa dos besar vitamin E boleh memudaratkan. Kekal dengan 400 unit antarabangsa setiap hari atau kurang untuk berada di pihak yang selamat.)
Apakah Keistimewaan Dan Perbezaan Vitamin E Shaklee Dengan Vitamin E Biasa?
- Mengandungi Selenium. Pengambilan Vitamin E bersama Selenium akan memberi kesan yang optimum. Vitamin E tanpa Selenium boleh mengakibatkan ia bertindak sebagi toksik dalam tempoh jangka masa panjang.
- Mengandungi ekstrak biji anggur yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan seperti protein, lipid, karbohidrat dan polifenol.
- Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik daripada vitamin E sendiri dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C. Dalam erti kata lain, minyak biji anggur amat berkesan untuk awet muda dan memelihara kecantikan. Di samping itu, ekstrak biji anggur terbukti berkesan menguatkan sistem imunisasi badan, menganjalkan kulit, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku dan melegakan masalah berpunca daripada urat timbul.
- Oligomeric Proanthi Cyanidin (salah satu phenol dalam biji anggur) bertindak memelihara tubuh daripada tua sebelum masanya. OPC ni jugak terikat dengan kolagen. Procyanidin yang ada dalam vitamin E membantu kulit lebih elastik dan membuat anda nampak lebih muda secara semulajadi.
Apabila berbicara tentang kulit, vitamin B yang paling penting adalah Biotin, nutrien yang membentuk asas kulit, kuku, dan sel-sel rambut. Tanpa jumlah yang mencukupi, anda mungkin berakhir dengan dermatitis (satu reaksi kulit bersisik gatal) atau kadangkala keguguran rambut. Kadangkala kekurangan yang sedikit sudah boleh menimbulkan gejala. Badan anda boleh menghasilkan banyak Biotin, dan nutrien ini juga diperolehi dalam banyak makanan, termasuk pisang, telur, oat, dan beras.
Krim yang mengandungi vitamin B boleh menjadikan kulit sihat berseri-seri hampir serta-merta dan dalam masa yang sama menghidratkan sel-sel di samping meningkatkan tona kulit secara keseluruhan. Niasin, vitamin B tertentu, membantu kulit mengekalkan kelembapan, jadi kulit anda kelihatan lebih gebu dan kelihatan lebih muda dalam masa enam hari. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang untuk menenangkan kulit kering, dan gatal-gatal. Dalam kepekatan yang tinggi ia boleh bekerja sebagai ejen mencerahkan bahkan meratakan tona kulit yang kotor.
Apakah Keistimewaan Dan Perbezaan Vitamin B Shaklee Dengan Vitamin B Biasa?
- Mengandungi kesemua 8 vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).
- B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
- Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.



0 comments